Sunday, October 14, 2012
Sunday, October 7, 2012
KEBURUKAN FACEBOOK
kali ini saya akan berkongsi tentang Keburukan Facebook, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sebagai seorang blogger, layan:-
- Keburukan Facebook yang pertama ialah ianya menyebabkan golongan pekerja kurang produktif. Bayangkanlah, masa kerja bermain facebook. Chat, bermain game dan sebagainya. Kerja pula tertanggung. Syarikat nak block facebook kat office, mustahil, sekarang nih macam-macam software boleh digunakan untuk menyaaktifkan sekatan. Tapi, bukan semua gologan pekerja bermain facebook semasa berkerja.
- Keburukan Facebook yang kedua ialah ianya boleh menyebabkan krisis rumahtangga atau krisis percintaan. Bayangkanlah, sudah berkahwin tetapi mengaku bujang. Mengaku bujang takpe, nih ada yang sampai ber sayang sayang. Bila pasangan mendapat tahu, bermulalah krisis. Akhirnya berlaku perpisahan.
- Keburukan yang ketiga ialah menyebabkan pergaduhan dan menggugat keselamatan. Contohnya dalam isu politik. Isu politik kerap kali dibawa masuk ke dalam facebook. Maki memaki, ugut mengugut dan sebagainya.
- Keburukan yang keempat ialah facebook digunakan sebagai medium untuk menfitnah atau menjatuhkan maruah orang lain. Sekarang ini berleluasa, fanpage facebook dibuka hanya untuk memburuk-burukkan individu tertentu.
- Keburukan yang kelima ialah facebook digunakan sebagai medium penipuan. Di malaysia saja, banyak kes yang berlaku. contohnya, kes warga Nigeria menipu wang wanita kesepian dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, banyak lagi keburukan facebook, namun
cukuplah saya berkongsi 5 keburukan. Jika nak duduk peperiksaan SPM pun,
kertas BM, kita hanya perlu meletakkan lebih kurang 5 isi. Hahaha. Apa
kena mengena pula dengan SPM. Oppss, ok, mungkin anda semua boleh tambah
keburukan facebook di bahagian komen.tetapi anda juga perlu ingat bahawa facebook mempunyai kebaikan..
Sunday, September 30, 2012
Tips ulangkaji saat akhir

Belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar sebegini, cuba amalkan kaedah di bawah ini:
1. Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.
2. Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
3. Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
4. Hapuskan tabiat suka tidur
Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.
5. Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan
Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.
6. Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
Subscribe to:
Comments (Atom)

