Sunday, October 7, 2012

KEBURUKAN FACEBOOK

kali ini saya akan berkongsi tentang Keburukan Facebook, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sebagai seorang blogger, layan:-
  1. Keburukan Facebook yang pertama ialah ianya menyebabkan golongan pekerja kurang produktif. Bayangkanlah, masa kerja bermain facebook. Chat, bermain game dan sebagainya. Kerja pula tertanggung. Syarikat nak block facebook kat office, mustahil, sekarang nih macam-macam software boleh digunakan untuk menyaaktifkan sekatan. Tapi, bukan semua gologan pekerja bermain facebook semasa berkerja.
  2. Keburukan Facebook yang kedua ialah ianya boleh menyebabkan krisis rumahtangga atau krisis percintaan. Bayangkanlah, sudah berkahwin tetapi mengaku bujang. Mengaku bujang takpe, nih ada yang sampai ber sayang sayang. Bila pasangan mendapat tahu, bermulalah krisis. Akhirnya berlaku perpisahan.
  3. Keburukan yang ketiga ialah menyebabkan pergaduhan dan menggugat keselamatan. Contohnya dalam isu politik. Isu politik kerap kali dibawa masuk ke dalam facebook. Maki memaki, ugut mengugut dan sebagainya.
  4. Keburukan yang keempat ialah facebook digunakan sebagai medium untuk menfitnah atau menjatuhkan maruah orang lain. Sekarang ini berleluasa, fanpage facebook dibuka hanya untuk memburuk-burukkan individu tertentu.
  5. Keburukan yang kelima ialah facebook digunakan sebagai medium penipuan. Di malaysia saja, banyak kes yang berlaku. contohnya, kes warga Nigeria menipu wang wanita kesepian dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, banyak lagi keburukan facebook, namun cukuplah saya berkongsi 5 keburukan. Jika nak duduk peperiksaan SPM pun, kertas BM, kita hanya perlu meletakkan lebih kurang 5 isi. Hahaha. Apa kena mengena pula dengan SPM. Oppss, ok, mungkin anda semua boleh tambah keburukan facebook di bahagian komen.tetapi anda juga perlu ingat bahawa facebook mempunyai kebaikan..

No comments:

Post a Comment